بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ...
Pasti semua orang akan mula berperang mulut apabila disogok dengan perihal politik, tidak mengira usia daripada yang usianya muda remaja sehinggalah usia emas. Tidak saya nafikan setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing mengenai politik. Begitu juga saya.
Namun begitu, pada pendapat saya, kelantangan suara kita tidak seharusnya kita suarakan melalui politik. Perang politik jelasnya menampakkan ketidakmatangan sesuatu pihak dan mengakibatkan pergaduhan, perbalahan, perpecahan malahan penceraian. Saya pernah terbaca suatu artikel yang mengisahkan penceraian suami isteri yang telah bernikah hampir lima dekad oleh sebab perbezaan politik.
Di Malaysia, sememangnya semua rakyat bebas menyuarakan pendapat masing-masing. Pada sudut pandangan saya sendiri, saya lebih suka membandingkan sesuatu skop kerajaan dengan skop instituisi lebih kecil seperti sekolah dan keluarga.
Misalnya, pemilihan ketua pelajar di sekolah yang dilakukan oleh barisan guru pentadbir sekolah tisak semestinya mendapat persetujuan daripadaguru-guru lain dan para pelajar. Begitu juga dengan pemilihan ketua tingkatan, bukan semua pelajar di dalam sesebuah kelas itu akan berpuas hati dengan pemilihan ketu tingkatan mereka. Sekiranya perkara itu tidak diselesaikan, boleh terjadi perbalahan dan pembalasan dendam atau sabotaj atau paling mudah dan banyak berlaku ialah menjadi buah mulut orang ramai. Oleh itu, bukanlah sesuatu tanggungjawab yang kecil sekiranya seseorang itu dilantik apa-apa jawatan, maka kesediaan untuk menggalas bebanan tanggungjawab itu serta mendengar keluhan dan komen orang yang berada dibawah tadbiran kita harus ada. Mind set yang kukuh harus ada dalam minda supaya kita tidak mudah jatuh dek kerana mulut orang.
Selain itu, pada pendapat saya, sudah menjadi lumrah manusia untuk 'mencuri hati' orang lain untuk memujuk dan memastikan diri kita diangkat dan dihormati atau disayangi. Misalnya, seorang kekasih akan menghadiahkan bunga-bunga segar kegemaran pasangannya untuk terus disayangi dan supaya pasangannya berasa dihargai. Seterusnya, seoarang guru hanya akan meminta bantuan pelajarnya apabila terdapat tugasan yang perlu disiapkan, contohnya menyusun buku di perpustakaan atau bantuan pelajar cemerlang sekiranya dilawati oleh pihak jabatan pendidikan yang datang memantau PnP atau untuk penilaian kerja kursus. Dan, seoarang ayah akan terus 'menafkahkan' kepada tanggungannya supaya mereka dapat terus berjasa kepada diri sendidri dan orang tua. Bukankah menjadi tanggungjawab kita untuk menerima dan sebagai balasannya, kita lakukan yang terbaik dalam apa pun bidang yang kita lakukan. Contoh yang saya berikan adalah contoh-contoh yang sangat mudah kita lihat dalam kehidupan seharian dan dilalui oleh semua orang pada zaman kecilnya.
Sebenarnya, pemimpin tidak dapat memuaskan hati semua rakyatnya. saya sangat bersyukur dengan apa yang sudah negara saya perolehi, bantuan kewangan, biasiswa, bantuan telefon pintar untuk pelajar, bantuan untuk warga emas, bantuan perumahan untuk rakyat yang baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga, kemudahan untuk golongan kurang upaya dan wanita, sebagai seorang remaja yang waras, kebanyakan tanggungjawab saya diambil-alih oleh kerajaan negara saya . *tidak bermakna saya menyokong mana-mana pihak, saya juga masih mentah dan keliru mengenai pandangan semua golongan tentang politik* .
CUMA SATU PERKARA YANG SAYA TAKUTKAN, IAITU KETIDAKAMANAN DAN PERBALAHAN SEKIRANYA POLITIK DIJADIKAN ISU UTAMA ATAU BUAH MULUT SEMUA ORANG TANPA ADA PENELESAIAN DAN KESEDARAN SEMUA ORANG. Saya sangat bersyukur semua pemimpin tidak kira kaum dan fahaman politik, sudi turun padang walau bagaimana sekalipun jadual mereka diatur untuk menghadiri upacara itu an ini, perasmian itu dan ini, menyampaiakan ucapan dan hadiah, sudah semestinya semua orang terikat dengan pekerjaan masing-masing. Ingat, kita sebagai manusia sendiri tidak dapat melakukan tanggungjawab kita dengan sempurna, bagaimana agaknya perasaan seseorang jika diasak dan disuruh mengetuai dan mengadili dengan sempurna. Kerana sikap kita yang judgemental lah, kita bukanlah menteri-menteri yang mengetuai pentadbiran kita hari ini. Tugasan kita tidak semudah yang semua orang sangkakan dan tugasan mereka juga tidak semudah yang kita semua sangkakan.
Semua manusia tidak akan lari daripada fitrah ini. Walaubagaimanapun, kita tidak dapat mengawal mulut yang berbicara. Sebaiknya, jika kita tidak menyetujui dan jika kita hendak menentang, adalah lebih baik jika kita tidak menyeret orang lain sekiranya terdengar khabar angin yang tidak baik. TAKUT-TAKUT MENJADI FITNAH kepada orang lain. Wa na'uthubillah..
My point is, we are human beings. The fact is that human beings cannot just control and be the leader alone. It is the people who must support and have faith with the leader and it is the leader who must be super careful and concerns about tens of millions of people. Other than that, for a husband and wife couple, it is important for them to always be there for each other no matter what.
ps : Saya tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa.
Wallahu'alam...
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page.. It is just a shoe I like =)
No comments:
Post a Comment