***Untill Jannatullah has coppied this from a Facebook friend. Credits to her. ***
Luangkan
masa baca kisah ni..sblm ni kita pernah mendengar kisah seorang pelacur
boleh masuk syurga hanya kerana memberi anjing minum...namun kisah di
bawah ni disebaliknya pula......:)
Barsisa
adalah seorang ahli ibadah Bani Israil yang begitu kuat beribadah
tetapi kurang berilmu serta tidak dapat mengetahui tipu daya iblis
akhirnya mati dalam keadaan kafir.
Kisah
ini diambil dari buku Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran
Dan As-Sunnah oleh Prof. Dr Haron Din dan Dr. Amran Kasimin..
Ikuti kisahnya...
Ibn
Abbas r.a. mengisahkan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang lelaki
yang sangat salih bernama Barsisa, yang telah beribadat di satu tempat
ibadat selama 70 tahun. Dia tidak pernah melakukan maksiat biarpun
sekelip mata.
Pada
satu hari iblis telah mengumpulkan satu golongan syaitan yang
bijak-bijak dan bertanya, siapakah di antara mereka yang sanggup
membinasakan Barsisa.
Mendengarkan pertanyaan itu, iblis bernama Si Putih berjanji akan melakukannya.
Si
Putih mengatur langkah dengan mencukur licin tengah-tengah kepalanya
dan berpakaian seperti pakaian yang dipakai oleh Barsisa, yang
menunjukkan bahawa dia adalah seorang rahib yang salih dan ahli ibadah.
Kemudian ia pergi ke tempat Barsisa beribadat.
Setibanya di sana dia terus memberi salam, tetapi tidak mendapat jawapan.
Barsisa tidak berhenti daripada sembahyangnya kecuali setelah 10 hari.
Ia hanya berhenti makan sekali dalam 10 hari.
Melihatkan Barsisa tidak memperdulikannya, Si Putih pun ikut Barsisa sembahyang dan beribadat.
Apabila Barsisa berhenti sembahyang, ia ternampak Si Putih sedang berdiri sembahyang seperti kelakuan seorang ahli ibadat.
Melihatkan demikian dia berkata:
“Saudara memanggil saya ketika sembahyang tadi. Apa hajat saudara?”
“Hajat
saya, saya ingin bersama tuan. Berguru kepada tuan. Agar dapat saya
beribadah seperti yang tuan lakukan. Kita sama-sama beribadat. Tuan
berdoa kepada Allah untuk diri saya dan saya berdoa untuk tuan”. Tegas
Si Putih pendek.
"Sayang sekali saya tidak dapat memenuhi permintaan saudara.
Apabila
saudara telah termasuk dalam golongan orang yang beriman, ini bermakna
saudara termasuk dalam doa saya kepada Allah apabila dikabulkan”.
Barsisa kembali beribadah meninggalkan Si Putih.
Si Putih meneruskan ibadahnya dengan berpura-pura bersembahyang tanpa dilihat oleh Barsisa selama 40 hari.
Bila ia berhenti sembahyang dilihatnya Si Putih masih lagi sembahyang.
Melihatkan kesungguhan sedemikian rupa, Barsisa bertanya,
“Apa sebenarnya hajat saudara?”
“Hajat saya ingin beribadat bersama tuan”. Jawab Si Putih dengan penuh hati-hati.
“Kalau boleh, dapat kiranya tuan izinkan saya naik ke tempat tuan beribadah”.
“Barsisa mula tertarik hati kepada Si Putih lalu mengizinkannya naik.
Kemudian
ia pun beribadah semula bersama-sama Si Putih selama setahun, tanpa
makan kecuali selepas 40 hari, dan tidak berhenti sembahyang kecuali
sekali setiap 40 hari.
Kadang-kadang sampai 80 hari.
Melihat kesungguhan Si Putih, Barsisa merasa kesal terhadap perkara yang telah dilakukan.
Dalam masa yang sama dia merasa kagum dengan ibadah yang dilakukan oleh Si Putih.
Setelah cukup setahun, Si Putih berkata kepada Barsisa.
“Saya mahu pergi sekejap untuk menemui teman”.
Barsisa merasa berat hendak berpisah dengan temannya tetapi ia terpaksa melepaskannya pergi.
Ketika hampir pergi Si Putih berkata kepadanya.
“Sebelum
saya pergi saya ingin mengajar tuan beberapa doa. Tuan boleh gunakan
untuk mengubati pesakit terutamanya orang yang menderita gila”.
“Saya
tidak memerlukannya. Saya takut bila orang ramai tahu, mereka akan
datang berjumpa dengan saya. Semuanya ini akan mengganggu ibadah saya
kepada Allah.”
Barsisa menjawab dengan ikhlas.
Si Putih tetap mengajarnya ilmu tersebut.
Kemudian ia beredar menemui iblis. Iblis berkata kepadanya bahawa Barsisa akan binasa.
Si Putih telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu mencekiknya.
Kemudian
ia datang menjelma dirinya berlagak seperti seorang yang pandai
mengubati penyakit lalu menemui keluarga lelaki tersebut dan berkata.
“Saudara kamu kena rasuk hantu. Adakah kamu perlukan saya merawatnya?”
Mereka semuanya menjawab mengatakan benar.
“Maaf,
saya tidak berupaya mengubati sakitnya… tetapi, rasanya elok kalau saya
tunjukkan seorang lelaki yang boleh mengubatinya dengan cara berdoa
kepada Allah. Dia akan sembuh.”
Si Putih mula membuat helah.
Lalu ia memberitahu Barsisa.
Keluarga pesakit dengan segera menemui Barsisa dan memohon pertolongan daripadanya.
Apabila Barsisa membaca doa yang diberi oleh iblis dahulu, maka pesakit pun sembuh.
Demikianlah halnya yang dilakukan oleh Si Putih kepada beberapa orang lain.
Setiap
kali melakukannya dan orang yang berkenaan sakit, ia akan menjelmakan
dirinya dan memberitahu kepada keluarga pesakit ke mana seharusnya
mereka pergi untuk mendapatkan pertolongan.
Akhirnya Si Putih pergi kepada seorang perempuan muda dari golongan ternama Bani Israil lalu menyeksa dan mencekiknya.
Kemudian
ia menjelmakan diri berlagak seperti seorang lelaki yang pandai
mengubati penyakit lalu menemui keluarga perempuan tadi.
“Adakah saya perlu merawatnya.”
Tanya Si Putih pura-pura.
“Ya”.
Jawab mereka semua dalam kecemasan.
“Perempuan
ini dirasuk syaitan. Sayangnya saya tidak berupaya hendak mengubatinya.
Tetapi kalau tuan-tuan mahu, tuan-tuan boleh berjumpa dengan seorang
lelaki yang banyak ilmu, dia boleh mengubati orang kena rasuk. Kamu bawa
perempuan itu kepadanya. Bila ia sakit dirasuk syaitan dia akan berdoa
kepada Allah dan pesakit akan sembuh.”
“Bagaimana kita semua hendak berbuat demikian. Dia seorang lelaki ternama lagi tinggi martabatnya?”
Tanya keluarga perempuan tersebut.
“Itu
mudah sahaja. Tuan-tuan boleh bina sebuah biara berhampiran dengan
biaranya. Barsisa akan mengubatinya. Kalau dia enggan merawat,
tinggalkan sahaja perempuan di biara. Sakitnya parah dan tidak mudah
sembuh.”
Si Putih memberi jalan.
Keluarga perempuan itu pun melakukan apa yang telah disyorkan oleh Si Putih.
Setelah biara dibinam perempuan itu pun ditinggalkan di situ, menyerahkannya kepada Barsisa untuk dirawat.
Setelah itu mereka pun memohon diri pulang.
Tatkala
Barsisa berhenti sembahyang, matanya tertumpu kepada perempuan yang
begitu cantik, menjadikan hatinya berdebar-debar tertawan melihatnya.
Ketika itu syaitan pun datang dan mencekik perempuan tadi.
Barsisa datang merawatnya dengan membaca doa yang diberi oleh syaitan dahulu lalu sembuh.
Setelah itu dia pun kembali sembahyang semula.
Syaitan datang lagi dan mencekiknya.
Barsisa datang untuk mengubatinya.
Ketika itu si perempuan yang sedang sakit itu tidak sedarkan diri pakaiannya terlucut dari badan.
Syaitan datang membisikkan di hati Barsisa, serta mengapi-apikannya supaya melakukan zina.
Ini adalah peluang keemasan yang tidak mudah diperolehi.
Selepas itu dia boleh bertaubat.
Dia akan memperolehi apa yang dia mahu.
Begitulah bisikan dan godaan iblis syaitan berulang kali.
Akhirnya Barsisa tidak berupaya hendak mengawal dirinya lalu melakukan zina.
Dia mengulangi perbuatannya tadi beberapa kali hingga perempuan itu besar kandungannya.
Ketika itu Si Putih menemui Barsisa dan berkata:
“Alangkahnya
celakanya engkau wahai Barsisa. Kau telah melakukan perbuatan jenayah.
Melakukan zina dengan perempuan yang diamanahkan kepada kau. Tidakkah
kau malu bila keluarganya datang dan melihat anaknya hamil”?
Barsisa begitu terperanjat dan menyedari perbuatannya yang terlanjur.
Melihat keadaan yang demikian, Si Putih berkata,
“Untuk
mengelakkan diri daripada kecelakaan, mungkin kau perlu bunuh perempuan
itu. Nanti bila saudara-saudaranya datang, katakana pada mereka yang
perempuan itu telah dirasuk syaitan, kau tidak berupaya merawatnya…”
Hasutan Si Putih masuk dalam hatinya lalu dia masuk ke bilik perempuan tadi dan membunuhnya.
Kemudian Barsisa membawa mayat itu keluar dan menanamnya di tepi sebuah bukit.
Syaitan
datang ketika Barsisa menanam mayat di waktu malam, lalu ia menarik
keluar hujung kainnya dan ditinggalkan nampak di atas tanah.
Setelah itu Barsisa balik ke tempat ibadahnya dan bersembahyang.
Tiba-tiba datanglah saudara mara perempuan tadi bertanyakan hal.
Barsisa
memberitahu apa yang diajar oleh Si Putih dengan mengatakan bahawa
perempuan itu telah dirasuk syaitan lalu lari. Ia tidak berupaya hendak
mengubatinya.
Mereka percaya kata-kata Barsisa lalu beredar pergi.
Ketika
tidur syaitan datang dalam mimpi saudara lelaki yang tua, memberitahu
bahawa Barsisa telah membunuh adiknya dan menanamnya di tepi sebuah
bukit.
Ia tidak percayakan mimpinya dan mengatakan perkara yang dilihatnya dalam mimpi itu adalah daripada syaitan.
Tidak mungkin Barsisa berbuat demikian kerana dia adalah seorang alim.
Mimpi yang sama terjadi selama 3 malam berturut-turut tetapi tidak dipedulikan olehnya.
Syaitan datang kepada saudara lelakinya yang tengah dan mendatangkan mimpi yang sama.
Dia juga tidak mempercayai mimpi tersebut.
Kemudian
syaitan pergi kepada saudaranya yang paling muda dan mendatangkan mimpi
yang sama seperti yang dilakukan kepada saudara-saudaranya yang lain.
Saudara yang muda ini telah memberitahu abang-abangnya tentang perkara
yang telah dilihat dalam mimpinya.
Akhirnya, mereka mengaku bermimpikan mimpi tentang hal yang sama.
Keesokan harinya mereka pergi menemui Barsisa, bertanyakan hal yang sebenar.
Bersisa memberitahu mereka seperti jawapan yang lalu, lantas mereka beredar pergi.
Ketika hendak pergi, iblis datang dan berkata bahawa saudara perempuan mereka ditanam di tepi bukit.
Hujung
kainnya terkeluar dari tanah. Mendengarkan cerita tersebut mereka semua
pun pergi ke tempat yang dikatakan oleh syaitan tersebut.
Mereka mendapati hal tersebut benar belaku.
Mereka
semua kembali bersama kanak-kanak yang membawa kapak dan alat-alat lain
lalu merobohkan rumah ibadah abid dan menangkapnya untuk diserahkan
kepada raja.
Barsisa
mengaku yang dia telah berzina dengan perempuan yang berkenaan dan
membunuhnya bila ia mengandung. Ketika Barsisa dinaikkan ke atas tiang
salib, syaitan datang bertanya.
“Adakah kau kenal aku?”
“Tidak”.
Jawab Barsisa pendek.
“Akulah temanmu yang mengajar engkau doa-doa, maka aku perkenankan permintaanmu.
Alangkah celakanya engkau. Engkau tidak malu kerana mengkhianati amanah yang dipertaruhkan kepadamu.
Sesungguhnya aku sangka engkau adalah orang yang paling patuh dan taat perintah Tuhan dari kalangan Bani Israil. Kau tidak malu. Akulah yang menipu engkau.”.
Si syaitan menyambung.
“Kau
sekarang akan menjalani hukuman mati. Tidak ada seorang pun yang boleh
menyelamatkan engkau… tetapi aku boleh melakukannya.”
“Apa yang patut kau lakukan.”
Harapan Barsisa kepada syaitan.
“Berikan
aku satu percubaan terakhir supaya aku boleh selamatkan kau daripada
kesengsaraan ini. Aku akan dapat menutup pandangan mereka dan
mengeluarkan kau dari tempatmu.”
Jawab Syaitan.
“Apa dia”
Tanya Barsisa lagi.
“Engkau sujud kepadaku.”
“Baik. Aku akan lakukan.”
Barsisa berjanji akan sujud.
Ketika sujud iblis berkata,
“Inilah
yang aku mahukan darimu selama ini. Iaitu mengajak kau menjadi kafir.
Kau akan menanggung akibat perbuatanmu dan aku takut kepada Tuhan.”
Lalu iblis pun meninggalkan Barsisa.
Ketika itu juga Barisa menerima tikaman tombak dan panah. Ia mati dalam keadaan kafir.
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
No comments:
Post a Comment