Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum..
Manusia yang pertama yang dicipta oleh Allah SWT tentunya Nabi Adam A.S., serta wanita pertama yang dicipta, dijadikan daripada rusuk kiri Nabi Adam, iaitu Hawa.. Kedatangan manusia ke bumi Allah merupakan kedatangan yang 'dirancang' oleh Syaitan Iblis memandangkan mereka dihumban ke bumi Allah kerana ingkar tunduk kepada Adam. Godaan syaitan mengenai buah khuldi di Syurga menjadi, oleh itu Nabi Adam dan hawa turut dihumban ke bumi, seoran di ufuk timur dan seorang lagi di barat.
Tujuan Allah mencipta manusia adalah supaya manusia beribadah kepadaNya, iaitu menjadi khalifah yang melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Menjadi manusia yang berbekalkan bisikan syaitan, memang tidak mudah untuk menjadi hamba Allah yang taat. Tetatpi berkat kesungguhan yang ada dalam diri, Insyaallah HidayahNya akan kita peroleh secara berperingkat. Setelah Allah mencipta manusia, diturunkanNya Adam dan Hawa ke bumi yang penuh dengan sumber makanan, minuman , hamba-hamba Allah yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan yang subur serta berbagai-bagai nikmat yang membolehkan mereka hidup di atas muka bumi Allah. Perjalanan jauh Nabi Adam dan Hawa akhirnya menemukan mereka kembali. Semenjak itulah, manusia mula berkembang biak serta melahirkan lebih ramai umat manusia yang beribadat dengan Allah, tidak lupa juga yang ingkar dengan suruhanNya. Setelah Adam, ramai nabi-nabi iaitu pesuruh Allah yang disampaikan wahyu kepadanya untuk dirinya sendiri dan rasul-rasul iaitu pesuruh Allah yang disampaikan wahyu kepadanya untuk disebarkan kepada orang lain dilahirkan ke dunia. Maka ad-Din Allah pun mula tersebar luas, lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W.. Semua orang terpersona dengan kebijaksanaa, kesopanan, kelembutan, keterpujian sifat baginda dan sentiasa ditemani malaikat Allah. Kesannya, sehingga kini, umat manusia masih sedih atas pemergian baginda, umat manusia masih menangis di hadapan makam baginda. Subhanallah. Begitu besar impak yang dibawa oleh baginda kekasih Allah.
Setelah itu, tanggungjawab sebagai seorang anak pula tidak boleh sesekali diabaikan. Mungkin ramai yang rasa panas hati dengan sikap dan peragai ibu bapa mereka yang begitu dan begini. Rasa marah kerana ibu membebel suruh belajar, ayah tidak izin keluar bersama-sama rakan-rakan membeli belah, ayah tak beri duit, ibu tak masak, ayah belum mahu membelikan telefon bimbit seperti rakan-rakan. Stuffs like that. Dan akibatnya kita memberontak membpertahankan kehendak dan keinginan kita masing-masing. Memang fitrah kita sebagai manusia tidak berfikir at the first place. Terfikirkah kita hikmahnya tindakan ibu bapa kita sebelum ini? Saya pernah terbaca di dalam sebuah artikel yang menceritakan hikmah seorang ibu menolak jika anaknya mempelawa untuk makan sesuatu. Kerana seorang ibu atau ayahnya, sanggup berlapar untuk melihat anak-anak mereka kenyang dan sihat,, supaya mereka boleh belajar dan membesar. Misalnya, ibu anda memasakkan hidangan kegemaran anda yang juga makanan kegemarannya . Anda sangat bersemangat untuk menghabiskan makanan. Akhirnya, hanya sesuap makanan itu sahaja tinggal. Apakah anda akan 'offer' kepada ibu anda atau anda akan makan? Saya sendiri memang dididik sekiranya saya mendapat rezeki, dikongsikan rezeki itu walau sedikit. Maka jika ditanya kepada ibu kita, majoritinya akan mengatakan ''Tak mengapa. Ibu sudah kenyang, nak". Padahal, mereka sedang menahan hati mahukan sesuap makanan itu. Cuba diingat kembali, pernah atau tida situasi ini berlaku kepada anda semua? Maka sekiranya ayah belum mahu membelikan telefon bimbit, apakah ayah sengaja untuk tidak memebelikannya? Hikmahnya mungkin ayah belum dapat menyediakan wang yang cukup atau mungkin ayah mahu kita berusaha mendapatkan pencapaian terbaik, barulah dibelikan sesuatu yang berbaloi. Semua tindakan ibu bapa kita adalah bersebab. Mereka telah merasakan pedas, masam, masih, garam kehidupan terlebih dahul daripada kita. Walaupun mereka hanya manusia biasa sama seperti kita, tetapi pengalaman mereka lebih luas. Lagi pula, kita sebagai anak masih bergantung kepada hasil tittik peluh ibu bapa kita. Maka, jika kita mahu membelakangkan mereka, mengapa harus kita menerima wang hasil pendapatan mereka? Dan sekali gus kita tiada hak untuk terus melawan dan mengingkari kata-kata dan arahan mereka. Maka wahai muslimin dan muslimah, kasihilah ibu bapa kita, penuhilah tanggungjawab kita sebagai anak selagi merekka mssih hidup. Telefonlah mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar, jika kita sudah berkerjaya, kongsilah sedikit daripada mata pencarian anda dengan mereka, jika mereka sudah tiada di dunia, sedekahkanlah surah yassin dan al-fatihah buat mereka saban hari. Kepada ibu bapa yang masih hidup juga boleh disedekan surah yassin dan al-fatihah, dan doakanlah untuk kesihatan mereka. Lakukan yang terbaik supaya mereka berasa selesa dan selamat bersama kita seperti mana kita berasa selesa dan selamat semasa kita bersama mereka sewaktu kecil.
Tidak lupa juga tanggungjawab seorang kakak dan adik, tidak lain menjaga kebajikan dan keselamatan anatara satu sama lain. Pergaduhan dalam kalangan adik-beradik memang biasa, tetapi bak kata pepatah melayu air yag dicincang takkan putus. Walau berpuluh tahun kita bermusuh, suatu hari, insyaallah, Allah akan membuka pintu hati masing-masing untuk menerima hati masing-masing kembali. Selain itu, doa seorang kakak, abang dan adik adalah amat penting untuk kesejahteraan hidup kita masing-masing. Doa bukanlah milik kita seorang. Doa yang terbaik adalah apabila kita mendoakan kesejahteraan untuk orang lain dan kita. Menjaga rahsia juga boleh menjadi pengikat antara hubungan adik beradik. Seperti mana perhubungan kita denga rakan-rakan di sekolah menengah yang saling berkongsi rahsia dan merasakan hubungan yang akrab seperti saudara mara, seperti itulah sepatutnya kita lakukan bersama-sama adik beradik tercinta. Keakraban adik-beradik sekali gus akan memberikan sinar kebahagiaan buat ibu bapa kita. Bak kata orang sejuk perut ibu mengandung. Memang menjadi suatu kegembiraan apabila melihat sepasang manusia berkasih-sayahng. Begitu juga dengan sepasang ibu bapa yang melihat kebahagaiaan anak-anak mereka. Perasaan takut untuk mereka meninggalkan dunia ini hilang kerana yakin anak-anak mereka akan menjaga diri masing-masing. Begitulah ceritanya. jika hendak dikongsikan semuanya memang tak tertulis, kerana hubungan sesama manusia memang sesuatu yang unik. Sesuatu yang tak dapat dibuat-buat. Hubungan saya bersama-sama adik-adik saya mulai akrab stelah saya mula masuk hostel di Puncak Alam. Mungin kerana kami hanya bertiga, maka mereka merasa kesunyian apabila tinggal hanya berdua.Walaubagaimanapun, saya sangat menyayangi adik-adik saya sehingga tidak terluah. Kasih saya kepada mereka, sehinggakan saya sudah mula berfikir bagaimana harus saya sara adik-adik saya sekiranya ibu dan ayah sudah tiada di bumi Allah 'AzaWajalla ini... Allahuakbar!
Apabila manusia hidup di dunia sudah pasti kehidupan mereka akan di'drag untuk mengikuti arus perkembangan dunia. wang, kerjaya dan perkara-perkara terkini yang semua orang lakukan memang seharusnya menjadi keutamaan. Bagi manusia yang beragama Islam, mereka perlu mengimbangkan kejayaan dunia dan agama seiringan. Terdapat pelbagai jenis manusia di muka bumi ini, iaitu mereka yang berjaya dunia tetapi lupakan akhirat, berjaya akhirat tetapi lupakan dunia, lupakan akhirat dan lupakan dunia serta mereka yang berjaya dunia dan berjaya akhirat. Perkara dunia boleh dikaitkan dengan perkara-perkara Fardhu kifayah manakala berjaya akhirat boleh dikaitkan dengan perkara-perkara Fardhu Ain. Maka sebagai pelajar yang baik, (baik di sini tidak bermakna anda pandai, baik yang saya maksudkan ialah anda berjaya perkara dunia dan akhirat) sesuatu yang perlu kita lakukan ilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita, seterusnya berdoa memohon pertolongan Allah SWT dan seterusnya bertawakal supaya kita tidak putus asa sekiranya apa yang kita target tidak menjadi kenyataan. Allah Maha Adil untuk semua hambaNya. Allah tidak akan mengurniakan kesempurnaan kepada hamba-hambaNya. Pasti ada kekurangan yang ada pada seseorang yang mempunyai kelebihan dan sebaliknya kerana Allah mahu kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Ya, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah. Secara fizikalnya ada manusia cantik mukanya, tetapi cacat pada jarinya, dan ada yang manis wajahnya tetapi suaranya tidak merdu, stuffs like that atau mungkin ada yang bijak dalambidang sains tetapi tidak bijak dalam bidang permotoran, yang bijak dalam bidang sastera tetapi tidak bijak mengira, stuffs like that. Mungkin kepada kita yang mengalami kekurangan, apa yang kita nampak adalah kekurangan yang Allah kurniakan, tetapi kelebihan yang Allah kurniakan, nikmatNya.. apakah kita melihatnya atau tidak? Mohon kita sama-sama pertimbangkan.
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga pula, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak kurang hebat cabarannya. Bagi saya yang belum berumah tangga, mungkin apa yang saya ceritakan ini dari pemerhatian saya sahaja kerana seperti yang guru saya, Pn. Rohaida katakan ada pengalaman dan tiada pengalaman tentang sesuatu perkara adalah sangat berbeza. Logiknya, teori dan praktikal membawa banyak perbezaan. Setelah melakukan praktikalnya, baru kita boleh memahami teorinya. Sebagai isteri, tanggungjawab terhadap kebajikan suami yang perlu dijaga bukanlah sesuatu yang mudah, labih-lebih lagi bagi wanita yang sama-sama mencari sesuap rezeki untuk menghidupakn keluarga dan membri keselesaan untuk anak-anak. Bukan masud saya di sini suri srumah tidak sibuk. Suri rumah adalah pekerjaan yang mulia pada sudut pandangan saya kerana pekerjaan menjaga kebajikan setiap ahli keluarga di dalam rumah. Pernah setelah saya menamatkan persekolahan menengah, saya menjadi penganggur. Maka saya melantik diri saya menjadi seorang suri rumah.. Saya hanya dapat bertahan kurang sebulan dan setelah itu kerja saya tidak lagi konsisten kerana bosan melakukan perkara yang sama setiap hari. Tidak hairanlah terdapatnya persatuan suri rumah- suri rumah, terdapatnya perbincangan sessama mereka, belajar memasak dan sebagainya. Berbalik kepada perbincangan saya tadi, sebagai seorang ibu pula, melayan kerenah anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, selalunya golongan ibu sangat 'cool' dalam menangani masalah-masalah yang mereka hadapi. Umpama pepatah yang pernah saya dengar, pengalaman mematangkan usia. Tidak dapat kita nafikan bahawa pekerjaan ibu yang paling utama iaitu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan sepuluh hari, serta melahirkan anak merupakkan suatu pekerjaan yang sangat mulia. Kesakitan yang dihadapi semasa bertarung nyawa melahirkan bayinya, Masyaallah! sungguh tabah dan passionate nya ibu-ibu di dunia ini tidak kiralah pegangan agamanya Islamkah, Buddhakah, Hindukah, Kristiankah atau yang lain-lain yang tidak saya sebutkan... Saya sangat solute para ibu yang berjaya melahirkan anak-anak mereka dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Tidak lupa juga gologan bapa yang sanggup berhempas pulas menccari rezeki supaya dapat menyara kehidupannnya sekeluarga.
Akhir kata, apa yang paling penting dalam perhubungan berkeluarga ialah kasih sayang, kesabaran dan toleransi. Manakala perkara penting yang harus dipraktikkan dalam bidang keduniaan ialah kesabaran, kehendak dan keazaman! Marilah kita menadah tangan memohon rahmat dan perlindunganNya.. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosa kami, kau kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan dan limpahkanlah kami rezeki Ya Allah, dan kami memohon supaya kami tidak lupa kepada Engkau Ya Allah, dan kau jauhkanlah kami daripada godaa jin, syaitan dan makhluk ya Allah. Kau lapangkanlah dada kami, bersihkanlah jiwa kami ya Allah, kau bukakanlah pintu hati kami untuk melakukan kebaikan dan tutupkanlah pintu hati kami untuk melakukan laranganMu Ya Allah! Ya Allah, rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah. wakina athaabannar! Rabbana La tuzigh Quluubana Ba'da ith hadaitana wahablana milladunka rahmah. Innaka antalwahhab...! Amin-amin ya rabbal 'alamin, da'waahumfiiha subhanakallahumma watahiyatussalam. Wa akhirul da'waahum anilhamdulillahirabbil 'aalamin...
Akhir kata, apa yang paling penting dalam perhubungan berkeluarga ialah kasih sayang, kesabaran dan toleransi. Manakala perkara penting yang harus dipraktikkan dalam bidang keduniaan ialah kesabaran, kehendak dan keazaman! Marilah kita menadah tangan memohon rahmat dan perlindunganNya.. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosa kami, kau kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan dan limpahkanlah kami rezeki Ya Allah, dan kami memohon supaya kami tidak lupa kepada Engkau Ya Allah, dan kau jauhkanlah kami daripada godaa jin, syaitan dan makhluk ya Allah. Kau lapangkanlah dada kami, bersihkanlah jiwa kami ya Allah, kau bukakanlah pintu hati kami untuk melakukan kebaikan dan tutupkanlah pintu hati kami untuk melakukan laranganMu Ya Allah! Ya Allah, rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah. wakina athaabannar! Rabbana La tuzigh Quluubana Ba'da ith hadaitana wahablana milladunka rahmah. Innaka antalwahhab...! Amin-amin ya rabbal 'alamin, da'waahumfiiha subhanakallahumma watahiyatussalam. Wa akhirul da'waahum anilhamdulillahirabbil 'aalamin...
No comments:
Post a Comment