Menjadi seorang remaja, ketakutan yang paling dirasai adalah untuk melangkah kepada hari esok kerana hari esok tidak boleh kita jangka. Misalnya pertemuan, perpisahan, maut, dan musibah. Segala Nya dalam kekuasaanNya. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Hari ini, apa yang saya perhatikan, terlalu banyak harapan manis tentang kehidupan berpasangan, dengan erti kata lain, yang halal buat umat Islam iaitu perkahwinan. Saya langsung tidak menentang perkahwinan, saya malah berhasrat suatu hari untuk mendirikan rumah tangga. Namun begitu, terlalu banyak post2 di Facebook yang pada saya agak keterlaluan dan menjanjikan kebahagiaan perkahwinan membuatkan pemuda-pemudi kini merasa selesa dengan cara hidup mereka yang seolah-olah telah berkahwin. Kehidupan yang dijanjikan memang benar dan kita harungi tetapi dibudayakan oleh pasangan yang belum halal ikatannya. Wallahu'alam.
Dan saya sebagai remaja yang melihat telatah manusia-manusia yang terlalu asyik untuk berpasangan ini , terasa terlalu takut sekiranya janji yang diuar-uarkan ini sebenarnya tidaklah semanis yang sering diperkatakan. Tindakan manusia-manusia yang meng'pos' entry2 manis ini, niatnya mungkin bagus, tetapi memandangkan kita berurusan dengan manusia berbagai-bagai peringkat umurnya, maka kita sepatutnya menapis apa yang ingin kita kongsikan. Seharusnya, enrty2 di Facebook , sekiranya berkaitan jodoh dan pertemuan, dikaitkan dengan motivasi untuk menghadapi hari-hari akan datang. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu sesiapa tersalah anggap tentang tanggapan saya terhadap perhubungan halal lelaki dan wanita ini. Tetapi, pada pandangan saya yang Insyaallah menjaga pandangan daripada kaum Adam ini, hebahan ini kurang memberi rasa senang kepada saya.
Suatu ketakutan saya, ialah jiwa disakiti. Pada pandangan saya, semua wanita sama. Takut jiwa mereka disakiti, apatah lagi dirinya. Jika sakit diri mereka, maka sakitlah jiwa mereka. Benarlah istilah yang digunakan dalam bahasa Inggeris, fragile. Wanita memang fragile. Suatu yang berlaku dalam perhubungannya dengan suaminya sangat berharga. Jika seseorang melihat perhubungan sebagai sesuatu yang berharga, maka dia akan berusaha untuk menghargainya. Jika seseorang itu menundukkan pandangannya daripada melihat kaum yang bukan sejenis dengannya, maka insyaallah syurgalah baginya. Kesabaran menanti pertemuan yang Allah aturkan, insyaallah akan membuahkan hasil! Apa yang saya katakan ini bukanlah harapan manis yang tidak terjamin jika ia akan ditunaikan ataupun sebaliknya, tetapi adalah suatu kebenaran dan kenyataan. Insyaallah, hubungan yang kita bina dengan jalan yang Allah aturkan, mengikut syaraknya, akan membawa sampai Jannatullah yang manis dan indah! Wallahu'alam~
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
No comments:
Post a Comment