Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته...
Subhanallah. Hari ini merupakan hari jadi salah seorang junior saya dari SMK Inderawasih. Sebenarnya, saya tidak begitu mengenali Mustakhim, cuma seorang kenalan di laman sosial Facebook. Sesuatu yag begitu menarik minat saya untuk menulis entri hari ini, seperti tajuk yang saya fikir sesuai dengannya ialah penyejuk mata penawar hati. Saya terbaca salah satu daripada perkongsian status beliau yang sangat menyentuh hati sayaterutamanya apabila membaca ayat-ayat di penghujung status beliau.
Doa ibu beliau buat beliau : "Syukur pd
Allah krn ank ini mnjd ank yg sgt baik penyejuk mata ayahbonda. Selamat
Ulang Thn ke 18 anakku...Semuga mnjd insan yg soleh yg sntiasa mndoakn
maka dn bpk dn hidup brjaya dlm berkat dan rahmat Allah d dunia dn d
akhirat... Aameenn..."
Ya Rabbi, sejuk benar perut ibu beliau mengandung... Soleh benar anak yang pernah dikandung si ibu. Lantas, tumpah air mata saya membaca status ini . Ya Rabbi, Kau berkatilah keluarga ini. Kau Utuhkanlah perhubungan mereka dan jauhkanlah mereka daripada godaan jin dan syaitan dan makhlukMu... Kau berikanlah kebahagiaan buat keluarga-keluarga yang berada di atas bumiMu Ya Allah dan semoga kebahagiaan kami berpanjangan. Benar, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Ya Rabbi, sejuk benar perut ibu beliau mengandung... Soleh benar anak yang pernah dikandung si ibu. Lantas, tumpah air mata saya membaca status ini . Ya Rabbi, Kau berkatilah keluarga ini. Kau Utuhkanlah perhubungan mereka dan jauhkanlah mereka daripada godaan jin dan syaitan dan makhlukMu... Kau berikanlah kebahagiaan buat keluarga-keluarga yang berada di atas bumiMu Ya Allah dan semoga kebahagiaan kami berpanjangan. Benar, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Alhamdulillah, ibu saya juga begitu mengambil berat dan menyayangi saya sehingga ke saat ini, dan beliau sentiasa menyokong apa-apa yang saya lakukan. Sungguhpun ibu cuma seorang wanita yang bukannya sesiapa di mata masyarakat, di mata saya, ibu adalah segalanya. Saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran ibu saya. Doa saya semoga Ibu saya bakal ditempatkan di syurga, di Jannah bersama orang-orang yang beriman. Semoga saya menjadi ibu yang setabah dan sekuat ibu saya, mama.
Sedari kecil, ibu mendidik saya supaya dapat menerima dan berkongsi rasa dengan semua orang. Insyaallah, memandangkan ibu saya seorang guru yang hebat, yang pada hemat saya guru yang paling hebat dan luar biasa pernah saya temui, saya rela jika rakan-rakan saya di sekolah yang tidak mempunyai ibu, yang ingin berkongsi kasih Ibu saya. Tafaddhal ya akh, Tafaddhal ya ukhti... =D Kadang-kala, saya berkecil hati apabila menghadiri majlis-majlis kesyukuran dan bacaan Surah Yassin di sekolah, kerana apabila tiba masa untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan ibu bapa, saya terpaksa beratur untuk mendapatkan ibu saya. Barulah dapat saya peluk dan cium, memohon maaf dan memohon restu beliau. Namun saya kuatkan diri, dan relakan Insyaallah, kerana saya mahu semua rakan-rakan di sekolah, terutamanya yang tidak mempunyai ibu untuk merasai betapa hebatnya kasih seorang ibu. Semoga Allah memberkati usaha saya.
Alhamdulillah, kasih sayang ibu yang mencurah-curah sehingga saat ini sentiasa mengiringi saya untuk meneruskan kehidupan sebahai seoarang wanita dan pelajar yang baik, yang ingin menjadikan Allah sebagai sandaran, Insyaallah! Segala hadiah kecil ibu sentiasa menjadi pengganti diri ibu, pin kecil berbentuk bunga dan kucing, cincin belah rotan hadiah ibu, semuanya. Sungguh, kasih ibu begitu tulus dan suci. Sekiranya kita ingat kembali segala jasa dan pengorbanan ibu, Masya Allah! Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa banyak dan mendalamnya jasa mereka. Insyaallah, saya ingin menjadi yang terbaik buat ibu saya, juga untuk bakal anak-anak saya. Saya mahu menjadi seperti ibu, dan saya mahu anak-anak saya juga menyayangi saya seperti saya menyayangi ibu saya.
Hanya tiga perkataan. SAYA SAYANG IBU, dan perkataan-perkataan itu sangat bermakna dalam kehidupan saya. Dan buat mama, semoga saya menjadi Penyejuk Di Mata, Penawar Di Hati mama!
Hanya tiga perkataan. SAYA SAYANG IBU, dan perkataan-perkataan itu sangat bermakna dalam kehidupan saya. Dan buat mama, semoga saya menjadi Penyejuk Di Mata, Penawar Di Hati mama!
Semoga Allah merahmati Muslimin dan Muslimat, yang juga saudara dan sadari seIslam saya.And buat junior yg memiliki status ini, tahniah !
Ini pautan lagu- lagu yang pada saya sangat mengusik kalbu saya dan mengingatkan saya pada ibu saya. Kisah saya, saya memainkan lagu ini sepanjang hari ketika bekerja di pejabat. Setelah saya berehat daripada bekerja untuk solat dan makan, saya akan terus memainkan lagunya sambil menonton videonya. =) . Moga Kasih Ibu bawa ke syurga.
1) Nur Kasih nyanyian kumpulan nasyid Inteam untuk versi mp3
(4shared) : Nur Kasih dan Lirik Nur Kasih
1) Nur Kasih nyanyian kumpulan nasyid Inteam untuk versi mp3
(4shared) : Nur Kasih dan Lirik Nur Kasih
2) The Number One For Me nyanyian Maher Zain untuk versi mp3
(4shared) : The Number One For Me dan
(Youtube) : The Number One For Me dan Lirik The Number One For Me
Shoe of the day :
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
(4shared) : The Number One For Me dan
(Youtube) : The Number One For Me dan Lirik The Number One For Me
Took from Facebook in some Page..
It is just a shoe I like =)
No comments:
Post a Comment